Tuesday, June 16, 2015

Beza Anak Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum..

MD baru sudah mengepam susu.. Alhamdulillah, rezeki Adik masih banyak.. =')

Selalu bila mengepam susu ni la MD cari ilham. Haha.. Tapi tadi MD teringat pulak bersembang dengan sideline Shaklee MD, Asilah Azmi, pengasas firasvita.com masa dia hantar Tote Bag dan Payung eksklusif yang hanya di jual semasa NC tempoh hari.. Eh.. panjang nya ayat MD. Haha..

Cantik kan tote bag eksklusif ni.. Ambil dari FB Asilah.. Hihi.. 
Tak dan nak tangkap gambor yang sendiri punya..


Asilah baru bersalin dalam tiga bulan lebih macam tu. Baby girl. Comel je dia.. Mata ikut Mak Long Chrysalis Nurul, upline MD. Nasib baik kenan dengan Mak Long dia. Kalau kenan mata MD, haru! =D

Kami sempat sembang sekejap tentang beza anak lelaki dan perempuan.. Buat MD tersenyum teringat gelagat anak-anak MD.

Anak MD ada 3. Yang sulung dan no 2, perempuan. No. 3 ni lelaki. Setelah dapat anak lelaki, MD boleh akui, memang sangat berbeza anak lelaki dan perempuan. Antara yang paling ketara lah..

Tidur


Anak perempuan memang tidur lama. Memang suka tidur. Maka maknya memang boleh berjemaah tidur bersama. Haha.. Kalau malam, MD terpaksa bangun perah susu sebab budak-budak ni tak bangun-bangun nak menyusu. Nak pulak time kena jaundis masa baby dulu.. Alahai.. Geram je.

Tapi, anak lelaki ni tidur tak lama macam perempuan. Tiap 2 jam sekali dia akan bangun merengek nak susu. Adik ni lagi la.. Dah la 2 jam sekali bangun nak susu.. Pukul 5 pagi, dia ikut bangun segar bugar. Lepas tu jangan harap la ibu boleh mandi dengan aman, or sembahyang dengan khusyuk. Sebab ada budak melalak-lalak nak masuk bilik air sama or tarik-tarik kain telekung suruh dukung.. Aduhai anak sayang...

Menyusu




Bab menyusu, anak lelaki memang champion. Dia punya tahap kekerapan menyusu tu, sampaikan ibu memang tak ada can la nak buat stok kalau Cheeky Boy ni ada dengan ibu.. Di Taska pun, kata cikgu, dia kuat menyusu juga. Tapi makan main-main. Hat berkenan, dia kemam-kemam. Hat tak mau, dia tuii kan je keluar.. Hish.. Anak bertuah.

Anak perempuan, menyusu tak kuat mana. Ibu masih ingat, time Nasywa dulu, susu memang penuh freezer. Sampai buang-buang sebab expired. Nak bagi pada anak susuan, CM agak tak bersetuju dengan idea nak ada anak susuan tu. Time Zahra pun sama. Susu melimpah ruah. Tapi, time adik, freezer ibu dah jadi simpan ikan, ayam, daging pulak.. Ada pun untuk waktu-waktu terdesak sangat.

Kecergasan




Anak perempuan sangat lemah-lembut. Sangat sopan. Dok diam-diam je. Time baby la. Mai besaq sikittt, karam rumah di kerjakan depa 2 beradik.. T.T Kalau balik Sungai Siputih, memang ibu la stress tengok depa ni munggah rumah.. Tok depa, sayang depa.. Sebab tu la depa lagi bermaharajalela.. Balik Ipoh pun sama, cuma balik Ipoh, sepupu nya ramai yang baya-baya lebih kurang beza 2-3-4 tahun je.. So deme la banyak melarang. Itu pun, boleh togel juga bunga opah.




Anak lelaki ni, cergas. Adik sangat cepat perkembangan nya. Adakah sebab faktor baby Shaklee? Hihi.. Tapi, berbanding dengan yang seusia dengan nya, Adik sangat cepat. Gigi tumbuh seawal 4 bulan. Sekarang dah boleh memanjat berdiri. Belum pandai meniti tepi kerusi lagi. Tapi paling dia suka berpaut dengan walker dan tolak sambil bertatih berjalan.. =) Alhamdulillah.. Asalkan perkembangan nya positif, ibu happy sangat. Penangan suplemen Shaklee yang ibu amalkan agak nya dari sebelum mengandungkan dia sehingga bersalin..

Kalau cerita pasal anak-anak, rasa berkajang-kajang tak habis. Banyak nak cerita.. Anak-anak adalah antara perkara terbaik yang berlaku dalam hidup kita kan?

Anak-anak korang macam mana pulak? Meh kongsi dengan MD. Seronok nak baca pasal kisah anak-anak ni..
MD

Monday, June 15, 2015

DiaryMD : Warna-warni hidup MD

Assalamualaikum..

Banyak hari juga MD tak dapat nak online dengan bertenang-tenang.. Ingatkan cuti dua hari boleh lah bertenang-tenang update blog sekaligus. Tapi tak berjaya juga. Last update adalah tentang cara solat Dhuha yang mudah. Eh, dah solat Dhuha?

CM jual motor dia. Tak tahu pulak MD motor apa pulak dia nak beli.. Tapi, dia bukan nya cerita pada MD nak jual motor tu.. Tau-tau hari Ahad ada orang datang ambil motor pegi.. Hm.. Macam-macam. Asalkan bahagia sudah..

Update anak-anak pulak..

Nasywa dengan Zahra pulak kerja nya asyik bergaduh. Main sama-sama, bergaduh sama-sama. Dah la cik mek Zahra tu kerjanya nangis aje. Cengeng sikit budak tu. Maka dengan itu, MD dengan rendah diri mohon maap pada jiran-jiran MD kalau MD bersuara seperti Niyang Rapik or anak-anak MD asik jerit dan menangis.. Haha..

Akram dah boleh memanjat untuk berdiri. Tapi meniti sendiri tu belum boleh lagi.. Slow-slow sikit dik.. Ibu rasa tak dan nak catch up perkembangan adik. Cepat sangat! Tapi, manja boleh tahan jugak dia ni. Nak berdukung, nak duduk atas riba, nak bergayut je keje nya.. Memang tak ada istilah ibu duduk dalam bilik air sambil scrub badan ke apa. Memang kena segera! Tak larat dengar ada budak melalak-lalak macam kena pukul kat luar bilik air.. Haha..

Dah pandai jugak main air. Bila mandi, dah boleh berdiri sambil pegang batang paip. Dah sudah, kita nak lepaskan tangan dia, marah pulak. Hm.. Apa lagi ek? Suka gigit ibu dengan gigi yang ada 6 batang tu.. Adoii.. sakit la adik oii...

Baju raya ibu dan anak-anak, baru je pegi tempah minggu lepas.. ngahaha.. Ibu ingatkan puasa lambat lagi. Rupanya dah tinggal esok lusa je lagi.. Allahuakbar! Macam mana la boleh terlupa. Cadang nak beli je, tapi tak ada yang berkenan sangat di hati.

Update ibu?

Alhamdulillah.. Bonus Shaklee masuk dah tadi. Time tengah-tengah bulan ni, memang sangat membantu meringankan beban GST. Eh?!.. Hihi... Nak belajar dari MD macam mana nak menjana pendapatan dengan Shaklee? Boleh whatsapp MD di 013-5818283.

Lain dari tu, hari ni dah 15hb. MD tak buat lagi kajisemula untuk bayaran bulan 6.. Ohoii.. Kena gigih la sikit. Satgi orang tak dapat duit, jenuh main aci ligan..

Tunggu update berikutnya..
MD

Thursday, June 11, 2015

Cara Solat Dhuha Yang Mudah!

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Dah solat Dhuha? Solat sunat Dhuha ini adalah merupakan solat sunat yang dikerjakan di waktu Dhuha. Waktu Dhuha pula adalah di antara pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Mudah je nak lakukan solat Dhuha ni. 2 rakaat je.



Solat Dhuha ini adalah kunci untuk kita murah rezeki sepanjang hari tau. Jadi, apa kata sebelum kita mulakan urusan seharian kita dalam mencari rezeki, kita dahului dengan mengerjakan solat sunat Dhuha.. Sebagai rasa terima kasih kita kepada Allah.. =)

Meh MD kongsikan cara solat sunat Dhuha yang mudah dan ringkas.. =)

 Cara Mengerjakan Solat Dhuha


i - Niat

Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah ta'ala.

ii - Bacaan dalam solat


Rakaat pertama boleh baca surah as-Syams


Rakaat kedua baca surah ad-Dhuha

iii - Doa solat Dhuha


Haa.. Mudah je kan. Ringkas je. Sesuai untuk yang bekerja di pejabat. Kang hilang lama-lama nanti boss cari pulak. Jadi boleh buat yang ringkas ni.

Tapi kalau masa kita panjang, contoh nya kalau kita surirumah ke, anak-anak ke sekolah, jadi tak ada gangguan, maka boleh lah kita sambung sikit..

iv - Semasa sujud akhir


Dalam sujud akhir tu baca sebanyak 40x

v - Selepas salam


Sesudah memberi salam, bertasbihlah 10x. Kemudian boleh la berzikir dan berdoa..

Amalan tambahan untuk murah rezeki yang bapak MD kongsikan pada kami adik-beradik, sesudah solat Dhuha, baca surah al-Waqi'ah. InsyaAllah. =)


Moga ilmu ini bermanfaat buat korang.. Mana yang baik kita kongsi-kongsikan. Yang buruk kita jadikan sempadan dan tauladan. Wallahua'lam..
MD

Wednesday, June 10, 2015

Belajar Untuk Jadi Positif

Assalamualaikum..

Dah tengahari. Hampir masuk waktu Zohor. MD bersiaran di rumah hari ni.. Wahh.. Senang kamu ye MD.. Boleh santai di rumah..

Hihi.. Sebenar nya hari ni MD ambil EL lagi. Sebab nya, kereta tak boleh nak start pagi tadi. Ahh.. Kacau sungguh.

Check tengok lampu apa semua tutup. Dah kenapa pulak tak nak start. Macam battery kong. Ke entah-entah dia merajuk? Sebab Isnin lepas MD sembang dengan kawan depan dia yang CM ura-ura nak tukar kereta lain..

MD feeling macam pomen lah konon. Dah tarik bawah steering nak bukak tengok enjin.. Sekali raba-raba kut celah tu tak jumpa lak ape-ape selak ke apa ke..Tapi nak tarik bukak ke atas tak boleh stuck.

OK. Give up. Suruh Nasywa panggil ayah.

Ayah pun tengok kereta, godek itu ini.. Rupanya air battery habis. Ahh.. Sudah. Bukan kah baru tukar. Tak sampai setahun kot. Kata CM, "Tau bawak ja kita tu. Check la sekali-sekala tengok".

OK.. Diam.. Karang di lawan cakap nya nanti durhaka pulak.. hihi..

Dalam hati MD ni, macam-macam dugaan. Macam-macam rasa yang tak tahu nak kata. Tipu lah kata tak mengeluh kan. Dah nak menghampiri tengah bulan kan..

Tapi, MD muhasabah. Allah nak uji MD sekeluarga. Nak uji kasih kami suami isteri.. Saling boleh menerima antara satu sama lain dalam masa-masa senang dan susah. Nak uji teguh atau tidak perubahan-perubahan yang MD nak bawa dalam diri..

Allahu.. Kecil rasa diri ni. Allah uji dengan selembut-lembut ujian. Bukan sewaktu MD dah sampai tempat kerja. Bukan juga sewaktu MD bersama anak-anak.

Insaf.

Ada rezeki lain yang Allah nak bagi..

Sabar lah.

Ada hikmah nya.

Tuesday, June 09, 2015

Program YES! Senangnya Buat Duit!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Diberi keizinan menghirup udara lagi pagi ini.. Entry pagi ni special sikit. Nak cerita pasal program YES! Ohoii.. Senangnya buat duit sekarang ni.. Tinggal lagi nak dengan tak nak je lagi..



Program YES ni adalah singkatan dari Young Entrepreneur System. Program ni telah dilancar kan oleh Shaklee dan sangat bagus untuk korang yang sedang mencari pekerjaan atau ingin menambahkan pendapatan di zaman serba GST ni..

Ianya bermula dari bulan lepas (Mei 2015) lagi. Dan berlangsung sehingga Oktober 2015. Maknanya kalau korang join YES program selepas Oktober 2015, dah tak valid dah la untuk join lagi..

Tapi, trick nya begini, game ini akan berjalan selama 13 bulan sahaja dari bulan pertama korang join.. Dan dalam masa 13 bulan ni, korang berpeluang menjadi JUTAWAN jika korang ikut teknik FOLLOW dan DUPLICATE ni. Haa.. Senang je sebenarnya. Teruskan pembacaan..

Yang lebih menarik, program YES ni hanya terbuka kepada ahli baru sahaja. Ahli lama? Oh, Menjadi ahli lama, ada keistimewaan lain pula. Haa.. susur galur MD, boleh refer pada MD terus. Tapi kalau SID bukan susur galur MD, boleh lah bertanya upline masing-masing.. Lebih afdhol kata orang.. hihi.. So jangan jelly ya sebab Shaklee sediakan insentif yang menarik untuk ahli lama dan baru. Keyword nya adalah FOLLOW dan DUPLICATE sahaja.

Apa Yang Bakal Diterima?


1 - Multivitamin PERCUMA



Ok, yang pertama, dengan setiap pendaftaran sebagai ahli, korang secara automatik terus layak untuk menerima VitaLea secara PERCUMA. MD ada tulis mengenai VitaLea percuma di dalam entry ini.

Memang sangat berbaloi ok, sebab korang dapat multivitamin tertua di dunia ini secara PERCUMA dengan hanya menjadi ahli dan membeli sebarang produk Shaklee.

2 - YES Super Jimat Pack


Pihak syarikat ada menyediakan 4 super jimat pack ni.. Hii.. Pandai MD je tukar nama dia.. kui kui kui.. Tapi, memang betul. Korang memang sangat bijak apabila membeli mana-mana antara salah satu daripada 4 set ni.


Set Kehamilan Shaklee


Set Berpantang Shaklee 


Set Diet Shaklee


Set Awet Muda Shaklee


Kenapa MD kata sangat jimat? Sebab dengan setiap pembelian, Shaklee bagi 5% diskaun tau. Dah jimat lagi di situ. Lepas tu UV nya pulak Shaklee bagi lebih. Eh eh.. dah la bagi harga kurang. Tapi UV pulak tambah.. Tak ke best tu? Bulan depan terus layak terima bonus dari Shaklee.

3 - YES bonus berganda


Haa.. part ni yang paling teruja. Siapa je yang tak teruja pasal duit kan. Nak pulak sekarang serba mahal. Ada anak buah MD kata, nak dapat kan RM500 je extra tiap bulan. Lepas duit pampers dan susu anak je cukup lah katanya.

Ok, ni MD nak bagi tahu..

Shaklee nak bagi insentif bonus tambahan antara 10% - 50% tau daripada bonus yang diterima. Dengan syarat bonus yang diterima adalah serendah RM500.

So, just imagine..

10% daripada RM500 = total RM550.
30% daripada RM800 = total RM1040
50% daripada RM1000 = total layak terima untuk bulan itu RM1500!!

Wohoo.. Banyak kot!

4 - Hadiah Tunai Berganda 100%


Shaklee ni memang pemurah. Dah la bonus peribadi pun dia nak bagi lebih. Ni dia nak bagi lagi hadiah tunai berganda 100% untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI*.

Contohnya melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM800, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM800 + 100% iaitu bersamaan RM1600 pada bulan ini.

Tak terbukak lagi mata? Tak pe, MD bagi lagi...

5 - YES Recognition and Cash Reward


Shaklee nak bagi hadiah tunai sehingga RM18,000 untuk peserta program YES yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE sistem ini dengan cemerlang.

Banyak tuuu.. Yang pasti SID lama memang tak dapat. Korang tak nak ke? Shaklee bagi dah peluang buat duit ni..


MD dengar pun seriously rasa sangat excited tau. Sebab masa MD join tahun 2012 dulu, tak ada pun Shaklee nak bagi VitaLea free, tak de pun nak bagi insentif duit banyak-banyak ni.. Jelly sungguh. So kalau korang yang masih belum join, memang sangat rugi.

Walaupun MD tak dapat nak grab peluang ni, tapi MD sangat teruja untuk guide seramai-ramainya rakyat Malaysia untuk menyertai projek YES ini..
 
Jika anda sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan tambahan atau pun sedang mencari kerja, atau pun sedang dalam proses untuk menjadi surirumah yang bekerjaya, MD ingin mengajak anda menyertai program YES ini dan menjadikan MD sebagai mentor kejayaan anda. MD sedia membantu anda.

Mentor, ilmu dan tindakan yang betul akan membantu anda mencapai impian anda!

Langkah pertama untuk menjadi Jutawan dalam masa 13 bulan adalah bermula daripada hari ini. Hubungi MD di 013-5818283 untuk maklumat lanjut.

MD

LinkWithin